Boleh menjamak (menggabung) dua shalat ketika dalam perjalanan

حدثنا يحيى بن يحيى. قال: قرأت على مالك عن نافع، عَنِ ابْنِ عُمَرَ؛ قَالَ:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا عَجِلَ بِهِ السَّيْرُ، جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ

42 – (703)

Hadits riwayat IbnuUmar Radhiyallahu’anhu,iaberkata:

Apabila Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam tergesa-gesa untuk bepergian, beliau menjamak (menggabung) shalat Magrib dan Isyak

(Hadits Shahih Muslim : 703-42)

وحدثنا محمد بن المثنى. حدثنا يحيى عن عبيدالله. قَالَ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ؛ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا جَدَّ بِهِ السَّيْرُ، جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ، بَعْدَ أَنْ يَغِيْبَ الشَّفَقُ. وَيَقُوْلُ:

إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا جَدَّ بِهِ السَّيْرُ، جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ.

43 – (703)

Hadits riwayat Nafi’ Radhiyallahu’anhu, (menceritakan):

Bahwa Ibnu Umar Radhiyallahu’anhu apabila tergesa-gesa dalam perjalanan, beliau menjamak antara shalat Maghrib dan Isyak, sesudah hilang syafaq (bayangan merah sebelah barat) (masuk waktu isyak) dan mengatakan bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam apabila tergesa-gesa dalam perjalanan, beliau menjamak antara shalat Magrib dan Isyak.

(Hadits Shahih Muslim : 703-43)

وحدثني حرملة بن يحيى. أخبرنا ابن وهب. أَخْبَرَنِي يُوْنُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ. قَالَ: أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِاللهِ؛ أَنَّ أَبَاهُ قَالَ:

رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم، إِذَا أَعْجَلَهُ السَّيْرُ فِي السَّفَرِ، يُؤَخِّرُ صَلاَةَ الْمَغْرِبِ حَتَّى يَجْمَعُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ.

45 – (703)

Hadits riwayat IbnuSyihab Radhiyallahu’anhu,iaberkata:

Salim bin Abdullah menceritakan kepada saya bahwa bapaknya (Abdullah) mengatakan: Saya melihat  Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam apabila tergesa-gesa dalam perjalanan, beliau mengundurkan shalat Magrib sehingga beliau menjamak antara shalat Maghrib dan shalat Isyak.

(Hadits Shahih Muslim : 703-45)

وحدثنا قتيبة بن سعيد. حدثنا المفضل (يعني ابن فضالة) عن عقيل، عن ابن شهاب، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ؛ قَالَ:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، إِذَا اِرْتَحَلَ قَبْلَ أَنْ تَزِيْغَ الشَّمْسُ، أَخَّرَ الظُّهْرَ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ. ثُمَّ نَزَلَ فَجَمَعَ بَيْنَهُمَا. فَإِنْ زَاغَتِ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ، صَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ رَكِبَ.

46 – (704)

Hadits riwayat Anas binMalik Radhiyallahu’anhu,iaberkata:

Apabila Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam berangkat musafir sebelum matahari tergelincir (condong ke Barat), beliau menangguhkan shalat Dzuhurnya ke waktu Asar. Kemudian beliau berhenti singgah dan menjamak antara Dzuhur dan Asar. Dan apabila ketika beliau pergi, matahari telah condong ke Barat (tergelincir), maka beliau melakukan shalat Dzuhur terlebih dahulu kemudian berangkat.

(Hadits Shahih Muslim : 704-46)

وحدثني عمرو الناقد. حدثنا شبابة بن سوار المدايني. حدثنا ليث بن سعد عن عقيل بن خالد، عن الزهري، عَنْ أَنَسٍ؛ قَالَ:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم، إِذَا أَرَادَ أَنْ يَجْمَعَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ فِي السَّفَرِ، أَخَّرَ الظُّهْرَ حَتَّى يَدْخُلَ أَوَّلَ وَقْتِ الْعَصْرِ. ثُمَّ يَجْمَعُ بَيْنَهُمَا.

47 – (704)

Hadits riwayat Anas binMalik Radhiyallahu’anhu,iaberkata:

Apabila Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menghendaki untuk menjamak dua shalat dalam perjalanan, beliau mengakhirkan shalat Dzuhur sehingga masuk awal waktu shalat Asar kemudian beliau menjamak keduanya.

(Hadits Shahih Muslim : 704-47)

وحدثني أبو الطاهر وعمرو بن سواد. قالا: أخبرنا ابن وهب. حدثني جابر بن إسماعيل عن عقيل، عن ابن شهاب، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم:

إِذَا عَجِلَ عَلَيْهِ السَّفَرُ، يُؤَخِّرُ الظُّهْرَ إِلَى أَوَّلِ وَقْتِ الْعَصْرِ. فَيَجْمَعُ بَيْنَهُمَا. وَيُؤَخِّرُ الْمَغْرِبَ حَتَّى يَجْمَعُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الْعِشَاءِ، حِيْنَ يَغِيْبُ الشَّفَقُ.

48 – (704)

Hadits riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, (menceritakan) dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam :

Apabila beliau tergesa-gesa dalam perjalanan, beliau mengakhirkan shalat Dzuhur sampai awal waktu shalat Asar kemudian beliau menjamak antara keduanya. Dan beliau mengakhirkan shalat Maghrib sehingga menjamak diantara Maghrib dan shalat Isyak ketika bayangan merah telah hilang. (tiba waktu Isyak)

(Hadits Shahih Muslim : 704-48)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: